Wednesday, April 16, 2014

About Us


Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) menyediakan kemudahan mesyuarat dan seminar yang cantik dan selesa iaitu Mutiara Oakland yang dimiliki dan diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu Konsortium Kontraktor Melayu (N.S.) Sdn. Bhd. (KKMNSSB).


Kemudahan ini boleh disewa pada kadar harga yang amat berpatutan dan menawarkan kepada anda ruang lobi, bilik seminar utama, bilik seminar kedua serta dewan banquet yang turut dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan. Kemudahan ini juga menyediakan surau lelaki dan perempuan, tempat penyediaan makanan untuk katering, tandas yang mencukupi serta tempat letak kenderaan percuma.


mutiara oakland
Kemudahan Mesyuarat & Seminar

 
Kemudahan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri  Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, SPNS., DSNS., PSD., DSSA., ANS. pada 13 Jun 2008. Kini, setelah lebih 5 tahun Mutiara Oakland beroperasi, PKMMNS & KKMNSSB dengan ini lebih yakin untuk menawarkan kemudahan yang terbaik serta mengalu-alukan jabatan kerajaan, syarikat korporat, persatuan, bank serta individu yang berminat menggunakan kemudahan ini bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian di sini.





(Susun atur untuk kursus, seminar & bengkel)



(Susun atur untuk kursus, seminar & mesyuarat)


 
(Susun atur untuk sembahyang berjemaah)


 
(Susun atur untuk kursus, seminar & bengkel)


 
(Susun atur tanpa kerusi & meja)


 
Sebarang tempahan & maklumat lanjut sila hubungi :-
+6 06-633 3663